Beliau berasal dari keterunan Tok Raja Hitam Bertanda yang keluar dari buih lembu putih di Padang Karbala Antah Berantah, Perak. Beliau merupakan pewaris Antah Berantah ke-5. Bapa beliau,Tengku Abdullah pernah pengsan selama 7 hari 7 malam semasa dikhatankan bersama keluarga Diraja Deli. Akhirnya, atas nasihat pawang diraja pada masa itu Tengku Abdullah, bapa beliau telah dinaikkan kenderaan gajah dan acara sambutan meriam telah diadakan.

            Tengku Tajuddin pernah menjadi ahli tinju di Medan. Beliau digelar ‘Singa Deli’ di dalam dunia tinju pada masa itu. Tumbukannya yang luar biasa selalu mengakibatkan lawannya terhumbankan keluar. Almarhum sebelum meninggal telah berhijrah ke SIngapura dan menetap di Bukit Batuk.

            Peristiwa pelik telah berlaku semasa sakitnya, beliau telah diziarahi oleh seekor gajah putih. Menurut beberapa jiran beliau mereka juga nampak akan kehadiran gajah putih tersebut. Berdasarkan sumber isteri dan anak almarhum, gajah putih itu adalah Mahakarma yang ghaib di tanah Antah Berantah dan muncul di Benua Siam ( Chiang Mai ). Sebelum meninggal dunia Almarhum Tengku Tajuddin berpesan agar ilmu dan langkahnya disampaikan dan diperkembangkan. 


Laman Utama          Sejarah              Testimoni          Galeri Gambar       Galeri Mistik
Galeri Herba         Cerita Misteri           Rawatan         Hadis / Surah             Silat                    Forum
Info Tengku Tajuddin bin Tengku Abdullah
Questions or problems regarding this web site should be directed to
[admin@perubatan.net].
Copyright� 2007 For Perubatan Bibit Ramanda Inc. By Mangkok n The Geng. All rights reserved�.